Posts filed under 'matrikulasi'
Zaman Matrik
Assalamualaikum WBT.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nama yang gah. Bila aku diterima memasuki Universiti Islam ini, ramai rakan-rakan, guru-guru, yang bersyukur. Kata mereka aku mendapat tempat yang sepatutnya. Tempat yang akan mengajar aku nilai hidup Islam, membentuk akhlak aku mengikut tatacara Islam.
Setahun di matrikulasi UIA. Aku merasakan seolah-olah kata-kata mereka ada benarnya, dan kadang kala kata-kata mereka tiada benar. Jika di matrik UIA, aku mampu Istiqamah ke masjid setiap waktu lantaran hostel aku di Mahallah Abu Bakar yang sangat hampir dengan masjid. Jika di rumah hidup caca marba, subuh selalu di rumah sahaja kerana terlewa. Entah di matrik ada semangat membangunkan aku. (more…)
3 comments July 14, 2007