Debat seks di UM

July 21, 2007

-walaupun cerita dibawah tiada kaitan dengan UIA, tapi sebab ada kaitan dengan life sebagai student, aku tulis gak kat sini-

Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti?

KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan yang amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.

Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.

Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.

Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa topik-topik perbincangan sebegitu sudah menjadi suatu kebiasaan di sana.

Air mata saya hampir menitis apabila dia menyatakan bahawa ada satu program yang dinamakan Stupid Debate telah diadakan di kolej kediamannya sempena Minggu Interaksi, Kolej Kediaman ke-12 secara terbuka di kafe kolej berkenaan.

Banyak lagi topik ‘hangat’ yang telah dibincangkan selain tajuk itu, sehingga kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku di universiti kita sekarang?

Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak senonoh dengan perkara-perkara yang sebegitu keji?

Tambah memilukan lagi, menurut anak saya, malam berikutnya, ada tayangan perdana yang menayangkan beberapa filem dari malam hingga ke subuh.

Bagi saya, perbincangan tentang pendidikan seks ini relevan bagi masa sekarang lantaran banyaknya gangguan seksual berlaku khususnya terhadap golongan wanita.

Namun yang pastinya diskusi ini dibincangkan dalam bentuk ilmiah yang diberi oleh mereka yang pakar dan profesional. Ini memberi impak dan kesan yang baik kepada remaja masa kini.

Saya juga tidak menyalahkan remaja yang ingin berseronok tetapi alangkah baiknya jika keseronokan itu dikawal dan tidak berlebihan agar budaya ketimuran kita terpelihara.

Sebenarnya, menjadi tanggungjawab pentadbiran kolej atau universiti untuk melihat pengisian yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung agar sejajar dengan misi dan visi universiti.

Kita bukan sahaja ingin melihat anak kita bijak dalam akademiknya bahkan kita mahukan budaya intelektual diwujudkan khususnya di institusi pengajian tinggi.

Untuk makluman, suami saya juga merupakan bekas graduan di universiti yang sama namun katanya, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang dia menuntut di situ.

Apa yang kami mahukan adalah penjelasan daripada pihak pentadbiran kolej atau universiti. Kami selaku ibu bapa benar-benar kecewa dengan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Kami tidak mahu anak-anak kami nanti menjadi sampah masyarakat keluaran universiti-universiti tempatan.

Pada pandangan saya, perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya sahaja, ia pasti berlaku di universiti lain.

Kepada ibu bapa, tanyalah kepada anak-anak anda sendiri apakah sebenarnya yang telah mereka lalui sepanjang di universiti, saya yakin dan pasti bahawa anda akan sependapat dengan saya kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi manusia yang sebenar-benar manusia.

Tak perlu untuk kita bertegang urat untuk menyelesaikan perkara ini, cuma cuba fikirkan apa yang akan anda rasa apabila anak anda adalah salah seorang daripada mereka yang terlibat dengan ‘kejadian’ yang saya kemukakan.

Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun terpulanglah, tepuk dada, tanya selera.

– MAMA TERGURIS,

Johor.
utusan malaysia

Assalamualaikum WBT

Apakah nilai ilmu untuk isu seks selepas atau sebelum makan. Pasti ada yang berkata kita mesti bersikap terbuka, tapi apa nilai intelektual diskusi ini. Dengan topik yang bodoh, debat hal-hal yang tidak membawa ke mana. Patutlah budak Melayu menjadi bodoh, dungu dan lembab, sudah di Universiti di sumbat dengan diskusi bodoh.

Apa lagi mahu di ajar kepada budak-budak ni. Aku setuju isu seks di diskuskan tidak kiralah dari segi kesihatan, mahupun dari segi agama. Tapi isu seks lepas makan atau sebelum makan ni, masuk kategori mana? Untuk apa? Apa tujuannya?

Jika di bincang secara ilmiah, siapa pendebatnya, adakah pakar sakit Tuan ataupun manusia-manusia gatal yang mahu bercakap tentang seks sedangkan tak reti satu habukpun pasal seni seks!

Jika setakat mamat-mamat atau minah-minah yang kahwin pun belum, belajar pasal sakit puan dan tuan pun tak pernah, baik tak payah.

Lagipun apa faedahnya diskusi itu. Boleh diskus pasal seks! Mungkin boleh diajar bagaimana nak kawal nafsu seks, jadi tak adalah timbul masalah asyik teringat nak ‘main’ je atau masalah ketagih nak melancap. Bagi tips macam mana nak bagi rehat otak supaya tak diganggu oleh hal-hal seks. Atau boleh diskus macam cara yang terbaik patut dibuat kalau tiba-tiba nafsu bergelora, apa kaedah dari segi psikologi dan lain-lain. Mungkin ini adalah isu yang paling elok supaya budak-budak U dapat mencari jalan penyelesaian dalam menangani masalah apabila terangsang.

Aku bukan apa, dekat weblog soal jawab agama aku ni, banyak sangat budak-budak tanya apa nak buat bila dah terangsang, ada yang tanya dah tak tahan sangat jadi terpaksala melancap sebab takut terjebak kepada zina dengan pompuan-pompuan yang bersalah ataupun terjebak kepada merogol pompuan-pompuan yang tidak bersalah.

Mungkin patut juga di diskus apa kesan melancap kepada psikologi, adakah ia membantu melegakan nafsu seks atau sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih ketagih dan sukar mengawal nafsu. Inilah hal-hal seharian yang pelajar hadapi, tak adanya budak-budak U ni hadapi masalah seks selepas atau sebelum makan.

Lepas tu diskus tentang psikologi seks lelaki dan perempuan, kenapa lelaki mudah terangsang bila tengok perempuan walaupun perempuan tu orang yang tak dikenali, dan kenapa pulak berbeza dengan perempuan yang perlu dibelai dan dimanja-manjakan dahulu baru mereka akan naik ’sheh’. Dan lihat kaitannya dengan hukum aurat yang Allah ajar, kenapa aurat lelaki lebih ringan berbanding aurat wanita. Lepas tu kenapa diharamkan menyentuh bukan mahram, berdua-duaan, bermanja-manja melalui oral mahupun tulisan. Semuanya relevan dengan isu seks pelajar dan lebih baik daripada isu seks sebelum atau selepas makan.

Ok chaloz wslm wbt

p/s: Janganlah UIA anjur debate-debate bodoh macam ni. Nauzubillah mindzalik.

Entry Filed under: main campus. .

1 Comment Add your own

  • 1. Ibn Yusof  |  July 21, 2007 at 6:00 am

    Sala,insyaAllah IIUM@UIA akan menganjurkan The Inaugural Malaysian Intervarsity Economic Debating Championship 2007 pada 18,19, dan 20 August ini.

    Lebih ilmiah dan panas isu-isu yang akan didebatkan daripada Stupid Debate tersebut..huhu

    p/s:-Tumpang iklan jap..huhu

    Reply

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Blog Stats

Recent Comments

ariff.arifin on Talhah VS Zubair
Pekida 36 on Hentikan Najis Politik Di…
saye on Talhah VS Zubair
Ibn Yusof on Debat seks di UM
ariff.arifin on Zaman Matrik

Recent Posts

Categories

Blogroll

Taman-taman Syurga UIA Gombak


Rabu-25 Julai
Kuliah Usul Feqh (Bahasa Melayu)
Masa: Selepas Isya'
Lokasi: ADM LR5, tingkat 3 (bangunan bersebelahan tempat solat wanita di masjid UIA)
Rujukan: Al-Wajiz Fi Usul al-Feqh, Dr. Abdul Karim Zaidan

Khamis-26 Julai
Kelas Belajar Bahasa Arab
Masa: Selepas maghrib
Lokasi: ADM LR5, tingkat 3 (bangunan bersebelahan tempat solat wanita di masjid UIA)


Kesemu majlis ilmu di atas adalah terbuka kepada semua pelajar.
Pertanyaan hubungi Masri 0193269091

RSS Soal Jawab Agama