Hentikan Najis Politik Di UIA
July 15, 2007
Assalamualaikum WBT.
Saya membaca satu weblog yang diberi nama e-harapan .
Membaca isi kandungannya, dan membaca komen-komen pembaca. Terfikir! Mana nilai intelektual? Mana nilai Islam? Mana akhlak yang Nabi Muhammad SAW ajarkan.
Saya bukan arif tentang politik, dan saya juga tidak aktif dengan politik pelajar. Akan tetapi semua antara kita, tak kira aktivis politik atau tidak, mestilah ada satu garis panduan yang lurus. Bukankah di sekolah dahulu sudah diajar tentang akhlak. Bukaklah riadussolihin, bacalah hadith-hadith di dalamnya. Selami akhlak nabi, bandingkan dengan akhlak kita.
Saya tertarik dengan satu posting di e-harapan tentang Isu UIA berbelanja besar untuk pilihanraya ijok . Biar saya pastekan beberapa ayat di dalam weblog itu tentang hal ini.
Dikhabarkan bahawa belanja yang diperuntukan untuk pasukan pemantau dari UIAM sahaja mencecah kepada angka ribuan ringgit. Dan pegawai S_DEV yang terlibat sekitar 6 orang. Sungguh bertuah kepada sesiapa yang dapat pergi ke lawatan sambil mengambil gambar di Ijok ini. Sudahlah kerja di pejabat ditinggalkan dapat pula keluar makan angin sambil bergambar di Ijok. Makan minum sudah tentu ditanggung. Menarik bukan!
Saya terfikir sambil membaca, apakah berita ini dengan fakta, atau sekadar dengar-dengar. Perkataan awal yang saya birukan seolah-olah menunjukkan ia hanya khabar angin. Mana nilai akhlak kita! Menerima satu berita yang memburukkan orang lain dan mendedahkan kepada umum tanpa sebarang bukti! Tanpa sebarang data untuk menunjukkan kebenarannya. Mendedahkan apa yang dkata kedok pihak pentadbir UIAM! Ya Akhi! Ittaqullah! Paling kurang seminggu sekali kita mendengar perkataan ini. Takutlah kepada Allah. Jika ini sikap kita, tidak hairanlah pihak pentadbir UIA akan sentiasa panas dengan pelajar. Persekitaran apakah yang mahu dibina ini? Perang antara pelajar dengan HEP? Cukup! Cukup! Jangan malukan Taman Budi ini dengan sikap gedebe tak kena tempat.
Saya juga membaca komen-komen ke atas SRC sekarang. Hina, sangat hina! Apa perlu dibangkit isu putus tunang, tangkap khalwat, dating dan lain-lain. Kalau berani pergilah tegur secara personal kepada orang yang dituduh itu. Nilai politik pelajar apakah ini? Najis politik apakah ini? Kalian seperti dirasuk syaitan lantaran berebut kuasa untuk memenangi kerusi SRC! Cukuplah dengan politik sampah di luar sana. Saya, pelajar yang tidak aktif politik sudah muak. Muak dengan akhlak kafir yang dibawa ke dalam arena politik kampus. Apakah kita mahu mengikut demokrasi acuan si kafir. Bebas dan terlampau bebas bersuara sehingga kisah dalam kain manusia juga mahu dijaja. Untuk menang kerusi, pergi membongkar kisah-kisah peribadi orang yang dianggap lawan politik? Itu jika tuduhan yang benar. Bagaimana jika tuduhan rambang tanpa bukti? Fitnah!
Cukuplah! Saya sudah bosan, muak, rimas membaca hal-hal begini. Seolaj-lah pelajar UIAM sudah tiada akhlak. Jika kita menghina rakan-rakan rempit kita kerana rempitnya, bandingkan sahaja akhlak kita yang mencaci maki, fitnah, mengumpat dengan rakan-rakan rempit. Silap-silap, mat rempit lebih baik akhlaknya.
Kami mahu pimpinan membela pelajar, bukan tali barut mana-mana parti politik. Jangan kalian heret kami pelajar UIAM ke dalam pertelagahan politik kalian yang kotor itu. Jangan menyusahkan hidup kami dengan kepentingan parti-parti politik yang kalian dokongi. Belalah nasib kami sebagai pelajar apabila kalian menang. Apa saya kisah WUFI atau ASPIRASI yang menang. Undi milik saya, tetapi sesiapa sahaja yang menang mesti berkhidmat tanpa memilih bulu. Naikkanlah kembali nilai Islam di UIA. Terlalu banyak kerja yang belum selesai, cukuplah dengan politik sampah kalian.
Izinkan saya memetik satu komen dari weblog harapan yang amat saya setujui.-
Memilih pemimpin pelajar sendiri melalui proses undian itu tak salah, tapi mengapa setelah dipilih masing masing menunjukkan sangat ‘associasi’ diri masing -masing dengan parti politik di luar? Itu yang salah. Tak kiralah dengan pembangkang ke, dengan kerajaan ke. Pemimpin pelajar harus neutral, memperjuangkan hak pelajar-pelajar yang diwakilinya bukannya memperjuangkan hak org lain. Pemimpin pelajar juga harus berani mengkritik, tak kira kritik pembangkang ke, kerajaan ke kalau apa yang dilihat tidak betul di mata mereka. Pemimpin pelajar juga harus pandai menangani masalah tanpa perlu banyak bergantung pada org lain baik ke pembangkang ke, atau kerajaan ke. Mereka harus panjang akal dan tidak hanya tahu menyalahkan org lain atau memberi alasan saja kalau apa yang dirancang oleh mereka tidak berjalan seperti yang dikehendaki. Mereka juga harus jujur dengan perjuangan dan menjaga amanah yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi mereka. Mereka harus ingat bahawa sebenarnya ‘leadership is action not position’. Kepentingan pribadi mesti ditolak tepi, juga harus bersedia berkorban tak kira tenaga atau material. Barulah boleh kata ‘Aku pemimpin pelajar’
Ada ke semua ini pada pemimpin pelajar kita?
Wallahu’alam. Wslm wbt
Entry Filed under: main campus. .
7 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
Anak_Pejuang | July 15, 2007 at 2:41 am
Assalamu’alaikum wbth, anda yang berkata apa kurangnya, anda juga menyatakan kebobrokan orang lain. Apa tujuannya?
Sepatutnya anda turun sendiri dan kenali SRC, kenali siapa WUFI dan REVO, buat analisis. Bukan anda buat analisis dari apa yang mereka tulis.
Jika baru masuk tak kenal tentang politik kampus. Sekarang pergilah belajar mengenal! Sebelum anda menghukumkan sesuatu yang anda tidak tahu!
2.
abid | July 16, 2007 at 1:19 am
quote : Nilai politik pelajar apakah ini? Najis politik apakah ini? Kalian seperti dirasuk syaitan lantaran berebut kuasa untuk memenangi kerusi SRC!
sungguh tajam dan berat tuduhan saudara…. smoga Allah swt mberi petunjuk kpd kita semua….jangan jadi si kakaktua yg cuma pandai meniru kata-kata.
3.
silent_majority | July 16, 2007 at 2:48 am
atas dasar apa anda memberi komen… adakah kita mahu menutup mata terhadap penyelewengan yang berlaku di depan mata kita.. syukur masih ada kelompok seperti WUFI yang masih bersungguh-sungguh membela nasib pelajar dan memelihara kemurnian nama UIA sebagai taman ilmu dan budi… nak harapkan REVO…convest yang lepas adalah contoh paling jelas..
4.
anai2 | July 16, 2007 at 4:21 am
————————————————————————-
atas dasar apa anda memberi komen… adakah kita mahu menutup mata terhadap penyelewengan yang berlaku di depan mata kita.. syukur masih ada kelompok seperti WUFI yang masih bersungguh-sungguh membela nasib pelajar dan memelihara kemurnian nama UIA sebagai taman ilmu dan budi… nak harapkan REVO…convest yang lepas adalah contoh paling jelas..
————————————————————————–
bagus juga komen dia ni…
syukur ada WUFI kan.
cuma nak bagitau kalau nak cakap sesuatu tu biarlah ada bukti. ni tak nak cakap sesuatu yg tidak tau mana asalnya. kalau ia pun bagilah bukti yg pegawai S-dev bantu pilihanraya ijok… cakap org islam.
ni yg satu masalah pulak nak fitnah org tankap khlawat pun satu lagi mainan politik yg agak KEANAK-ANAKAN.
nak cakap bdk u mcm bukan.mungkin banyak sangat baca buku politik yg tak patut.
5.
Ibn Yusof | July 17, 2007 at 4:43 am
“Dikhabarkan” bahawa belanja yang diperuntukan untuk pasukan pemantau dari UIAM sahaja mencecah kepada angka ribuan ringgit.
Dikhabarkan ?
Islamiknya….
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”[Al-Hujurat 49:6]
kalu ayat ni pun tak dapat nak hayati..susahlah..jadi fitnah kan tak baik.
Dan harap jangan taksub jemaah rakan2,kalau boleh belajar Fiqh Politik insyaAllah akan lebih jelas.
6.
Pekida 36 | July 18, 2007 at 1:36 am
sedara banyak yg perlu dipelajari sebelum membuat analisis dan andaian sedara.kalo sedara baru nk berjinak2 dengan politik..jangan hanya sekadar membaca buku politik tapi perlu praktikalnya.Politik UIA tak kotor or najis mcm sedara fikirkan cuma kekadang ada anasir2 luar yg suka memecah belahkan umat islam di UIA.Hakikatnya memang benar SRC dibawah kepimpinan zulhairi agak lembap dalam membela pelajar UIA..aper yg SRC dah buat..dah nk abis tenure dah pun..segala tohmahan merupakan persoalan yang perlu dijawab..jika benar pemimpin jawab..beranikan diri anda sbg pemimpin..bg saya Convest lepad dibawah REVO membuka lembaran baru di UIA khususnya bagi org yg berfikirsan jumud seperti WUFI
aslm wbt
wah membuka pemikiran jumud? apa yg jumud itu ye, dan apa yg bukan jumud?
7.
Pekida 36 | July 24, 2007 at 10:23 am
HIDUP ASPIRASI
aslm wbt
HIDUP WUFI!