Zaman Matrik

July 14, 2007

Assalamualaikum WBT.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nama yang gah. Bila aku diterima memasuki Universiti Islam ini, ramai rakan-rakan, guru-guru, yang bersyukur. Kata mereka aku mendapat tempat yang sepatutnya. Tempat yang akan mengajar aku nilai hidup Islam, membentuk akhlak aku mengikut tatacara Islam.

Setahun di matrikulasi UIA. Aku merasakan seolah-olah kata-kata mereka ada benarnya, dan kadang kala kata-kata mereka tiada benar. Jika di matrik UIA, aku mampu Istiqamah ke masjid setiap waktu lantaran hostel aku di Mahallah Abu Bakar yang sangat hampir dengan masjid. Jika di rumah hidup caca marba, subuh selalu di rumah sahaja kerana terlewa. Entah di matrik ada semangat membangunkan aku.

Di matrikulasi juga aku berkenalan dengan Ustaz Mazslee Malek (sekarang berada di UK). Pendakwah yang tak kenal penat, bercerita tentang Palestin tak habis-habis. Kuliah hadith 40 aku dengan beliau yang tidak khatam-khatam sampai sekarang.

Di matrik UIA, kuliah-kuliah di zaman au bergerak rancak, dengan hadith 40, al-Aqidah al-Wasithiah, Riadussolihin, Kuliah Feqh Medic, kesemuanya mendapat tempat di hati pelajar. Tidak kira juga kuliah Syamail Muhammadiah yang dianjurkan rakan-rakan aku yang lain. Di sini terasa persekitaran yang Islamik, menambah ilmu para pelajar, tidak terhenti setakat mentelaah buku-buku akademik, bahkan buku-buku agama, hadith, feqh, akidah yang tiada kaitan langsung dengan kursus yang diambil.

Di matrik juga, aku berkenalan dengan rakan-rakan yang digelar WUFI, PKPIM, KARISMA dan lain-lain. Berbagai cerita didengari tentang mereka. Tapi, secara peribadi aku mengenali individu-individu di kalangan mereka yang mat bagus akhlaknya, rajin bersolat jemaah. Aku dengar juga tentang kecelaruan antara kumpulan-kumpulan ini, tapi tidak aku endahkan, bahkan tiada satu kumpulan pun yang aku sertai. Rakan KARISMA mengajak aku berusrah bersama mereka, tetapi aku menolak. Rakan WUFI tiada pula yang pernah mengajak aku menyertai mereka. Tetapi apa aku kisah dengan kumpulan-kumpulan mereka, kumpulan yang mereka sertai tiada kaitan sama ada mereka itu baik atau tidak.

Selepas itu aku berjumpa pula beberapa rakan-rakan medic yang amat pro-aktif. Budak Darul Quran. Banyak aktiviti kami rancang bersama, dari kuliah mingguan, selepas itu membawa rakan-rakan matrik ke Seminar Imam asy-Syafie di DBP. Dan begitu juga ketika matrik sedang panas dengan isu wahhabi yang ditimbulkan oleh Ustaz Uthman el-Muhammady dan Ustaz Mahfuz. Matrik PJ adalah gelanggang tempur ketika itu. Kuliah mingguan Ustaz Mahfuz di masjid matrik PJ telah menaikkan semangat anti-wahhabi di kalangan pelajar. Dan dalam masa yang sama provokasi yang dicipta menyebabkan rakan-rakan yang digelar wahhabi juga semakin agresif. Ingat lagi tentang dialog bersama Ustaz Uthman el-Muhammady dan Ustaz Mahfuz di Dewan Malik Faisal (AMF). Sebagaimana agresifnya Ustaz Mahfuz, maka begitulah agresifnya aku membalas hujah-hujah beliau dan mengajukan soalan. Dan kesannya, aku dipanggil oleh fellow Mahalallah aku disebabkan tindakan aku tersebut. Majlis dialog tersebut menimbulkan satu fenomena panas di UIA.

Dalam masa yang sama, ia menguji juga tahap pemikiran sama ada mahu mengikut membuta tuli ataupun mengkaji. Cuma sedihnya, aku mendapat tahu majlis tersebut diwajibkan kepada semua pelajar fardhu Ain. Aku menjangkakan kepeningan yang mereka hadapi di dalam majlis yang panas itu.

Wallahu’alam

Entry Filed under: matrikulasi. .

3 Comments Add your own

  • 1. nursolehah  |  July 15, 2007 at 3:35 pm

    selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan….

    Reply
  • 2. nursolehah  |  July 15, 2007 at 3:40 pm

    alhamdulillah…syukran jazillan ya akhi krn sudi menceritakan sedikit sebanyak mengenai uia..u yg ana idamkan….harap, anta terus sudi menulis dan insyaallah ana akan terus mmbacanya…..harap anta dpt terus istiqomahkan diri..bagaikan ikan yg tinggal di lautan masin…tp ikan tu tk jd masin…

    Reply
  • 3. ariff.arifin  |  July 20, 2007 at 3:11 pm

    matrik memang banyak kenangan best.memang betul kata orang.perkara yang kita tinggalkan itu menyebabkan kita akan rasa rindu jua.

    Reply

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Blog Stats

Recent Comments

ariff.arifin on Talhah VS Zubair
Pekida 36 on Hentikan Najis Politik Di…
saye on Talhah VS Zubair
Ibn Yusof on Debat seks di UM
ariff.arifin on Zaman Matrik

Recent Posts

Categories

Blogroll

Taman-taman Syurga UIA Gombak


Rabu-25 Julai
Kuliah Usul Feqh (Bahasa Melayu)
Masa: Selepas Isya'
Lokasi: ADM LR5, tingkat 3 (bangunan bersebelahan tempat solat wanita di masjid UIA)
Rujukan: Al-Wajiz Fi Usul al-Feqh, Dr. Abdul Karim Zaidan

Khamis-26 Julai
Kelas Belajar Bahasa Arab
Masa: Selepas maghrib
Lokasi: ADM LR5, tingkat 3 (bangunan bersebelahan tempat solat wanita di masjid UIA)


Kesemu majlis ilmu di atas adalah terbuka kepada semua pelajar.
Pertanyaan hubungi Masri 0193269091

RSS Soal Jawab Agama