Ding
Assalamualaikum wbt.
Mulai hari ini, semua posting2 terbaru utk tamanbudi akan dibuat di weblog peribadi pemilik blog ini. Ia boleh dibaca di http://the-authenthic.blogspot.com
Pendek kata, lepas ini tamanbudi tak akan diupdate, semua cerita pasal UIA akan diletak di dalam weblog peribadi. Kenapa? sebab nak bagi mudah update, tak payah tulis kat banyak-banyak blog.
Projek Kampus Dakwah 2007
Assalamualaikum WBT.
Jika kita jalan-jalan kat sekitar UIA. Kita akan nampak banyak poster atau banner tentang campus dakwah project. Apa benda projek kampus dakwah tu?
Satu perkara yang penting yang perlu disedari oleh umat Islam ialah bahawasanya dakwah itu adalah satu kewajipan ke atas mereka (=kita). Allah SWT berkata di dalam al-Quran:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (more…)
Kuliah pertama akidah sem ini.
Assalamualaikum WBT.
Malam tadi kuliah aqidah di ADM LR5. Guna buku 200 soal jawab tentang aqidah oleh Sheikh Hafidz al-Hakami. Penerangan oleh Ustaz Fadhlan amat mantap. Malam tadi khatam bab pertama iaitu berkaitan tentang tujuan penciptaan manusia dan masuk sikit bab 2.
Yang bestnya bila Ustaz menerangkan tentang sama ada bolehke kita beramal untuk mengharap syurga dan menjauhi maksiat kerana takutkan neraka. Ada orang cakap amal nak pahala itu amalan businessman, dan takut neraka pulak amalan hamba abdi. Jadi, adalah jawapan kepada kenyataan tersebut.
Alhamdulillah, kuliah malam tadi, walau tak seramai kuliah pertama minggu lepas, tapi masih ada orang. Biasalah kalau kuliah-kuliah pertama mesti penuh sampai tak muat LR kat admin tu.
Nak cerita dan tulis panjang-panjang pun tak sempat pulak ni. Ni aku bagi link untuk donwload rakaman audio kuliah malam tadi.
Wassalam.
Kita di UIA pengamal politik Islam atau politik kafir?
ASLM WBT
bacalah satu komen dibwh ini yang elok dibaca oleh semua pelajar UIA spy tidak lagi mengikut acuan politik kapir. Komen ni saya amik dari weblog HO.Ada yang bertanya di HO apa hak saya nak cakap tu politik kapir? Saya nak tanya balik mengumpat orang, maki orang, fitnah orang, dok heboh pasal orang putus tunang, sebar berita tanpa bukti, tu politik Islam ke kapir?
salam..
ni kalau nak buka aib org bukan dalam H.O. kita ni yg belajar D uiam tunjukkan akhlak yg kita student UIAM.bukan nak tunjukkan akhlak macam akhlak org yg tak belajar agama.
nak tegur pun biarlah yg berfakta.bukan sekadar kita nak cakap lepas je..
saya bukan apa sbb da selalu buka HO nie perbincangan pun jadi macam bdk2..ingat kita student uni bukan tadika. kalau nak bagi komen pun pastikan kita tidak bias dgn mana2 pihak. kalau yg anti-wufi mesti komen yg tak baik, tai kalao yg pro-wufi mesti nak pertahankan wufi. ni la kesilapan kita, tidak menilai sesuatu dgn akal yg sihat. biarlah kita ni menjadi mahasiswa yg beridealisme.mungkin kita ni kurang merujuk pada rujukan utama kita(quran&sunnah) sebab tu lah cakap pun macam org tak tau agama..
ingat kata2 kita akan menjadi bukti di akhirat nanti…
kita cakap org s-dev ni tali barut umno&***** putus tunang la, akan menjadi saksi di akhirat dimana kita tidak boleh lari dr benda ni…
kalau benda peribadi jangan nak hebohkan dgn orang len. k la
Debat seks di UM
-walaupun cerita dibawah tiada kaitan dengan UIA, tapi sebab ada kaitan dengan life sebagai student, aku tulis gak kat sini-
Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti?
KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan yang amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.
Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.
Namun sebagai seorang ibu, saya benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan. (more…)
Jumaat di UIA
Assalamualaikum WBT.
Ini minggu kedua aku di UIA. Semalam di masjid, Ustaz Habib yang membaca khutbah dan menjadi imam. Ustaz Habib bercerita tentang kematian yang akan tiba bila-bila masa. Kematian tiada kaitan dengan peperangan atau keamanan. Sama kita pergi berperang atau tidak kita tetap akan mati. Ini adalah antara isi kandungan khutbah Ustaz Habib.
Hari ni di masjid UIA juga ada sekeping risalah kecil yang bertajuk “Hari JUmaat, Hari Mulia. Risalah tersebut berkisar kepada tentang sunnah-sunnah yang patut kita amalkan di UIA pada hari Jumaat. Dan tidak kurang juga disebutkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan di hari JUmaat. (more…)
Assalamua’alaikum WBT.

Adakah benar apa yang tertulsi di baju ini. Wahai sister-sister dan brother-brother UIA khususnya, mampukah kita menafikannya atau kita turut mengiyakan apa yang tertulis di baju ini.
Meh download bahan untuk Money and Banking- Terima Kasih Dr. Salina
Assalamualaikum WBT.
Meh saya nak kongsi sikit bahan untuk subjek money and banking yang Dr Salina sediakan.
Sesiapa kawan-kawan yang amik subjek ni dan belum download atau tak dapat emel daripada Dr. Roslyn bolehle download di sini.
Resources for ECON3410 Money & Banking Students
Talhah VS Zubair
Assalamualaikum WBT.
Sudah dua semester saya duduk di Mahallah yang terpencil iaitu Talhah. Dan sekarang saya berada di mahallah Zubayr yang dulunya mahallah Ameenah. (more…)
Masuk UIA masih belajar wudhu.
Assalamualaikum wbt.
Semalam saya fotostat iklan untuk kuliah thaharah dan tauhid yang akan dianjurkan dalam bahasa Melayu di UIA-sila rujuk posting sebelum ini-.
Tengah-tengah fotostat, abang pemilik kedai fotostat tu pun tanyalah isi kandungan kuliah, pasal horoskop dan lain-lain. Lepas tu saya cakaplah, ada orang pernah perli saya katanya “Hai dah masuk UIA baru nak belajar thaharah (bersuci)”. (more…)


Recent Comments